Tuesday, October 13, 2009

Hakikat satu perjuangan.

Shabas dan tahniah kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kerana berjaya meperoleh kemenangan yang besar.Ini bermakna rakyat percayakan BN yang telah sekian lama berjasa dan tidak sanggup menerima pemimpin yang pastinya jika menang akan menghilang dan membina kekayaan.Bayangkan hampir 52 tahun perjuangan BN baru sekarang kita lihat pemimpin BN menikmati kekayaan sedangkan PR hanya dua tahun memerintah ada yang sudah bertaraf raja cara penghidupannya,Istananya belum lagi dikira istana hinggap yang mampu dimiliki.Tapi apa yang penyokong dapat hanyalah takbir dan paling parah terpaksa mengeluarkan derma jihat kononnya bagi membiayai parti.

Malu dengan kekalahan teruk itu,pelbagai pertikaian tentang kemenangan tan sri Isa termasuklah isu rasuah.Seolah-olah manusia tidak lagi berpeluang berubah.Tapi jika tan sri Isa "orang kita" semuanya halal dan ok sahaja.Itukah wajah islam yang dibawa PAS?benci,riak,takbur,fitnah dan tohmahan serta budaya samseng yang semakin menjadi jadi itukah bangsa dan budaya yang ingin dicipta PAS sekiranyanya menjadi kerajaan?.

Apabila menjelang satu-satu pilihanraya, cogan kata yang di wawarkan ialah ‘Membangun bersama Islam’ tapi apa yang dibangunkannya; masjid sebuah pun tidak mampu dibangunkan seperti di Terengganu semasa pemerintahan PAS begitu juga di Kelantan, ‘Negara berkebajikan’ tapi kebajikan bagaimana yang diberikan kepada rakyat di Kelantan malah Perak juga yang di perintah sepenuhnya oleh PAS sebelum ini dan kini PAS for all yang dicanang-canangkan secara realitinya tidak banyak berbeza dengan ideology Malaysian Malaysia DAP. Apakah DAP telah berjaya ‘mensosialiskan’ PAS? Walau apapun, benarlah kata-kata bahawa pada akhir zaman nanti akan wujud golongan ulama yang menjual agamanya demi kesenangan dunia.

Apapun Kemenangan telah pun terjadi dan bermulalah semula satu perjuangan baru untuk tan sri Isa meneruskan agenda perjuangan demi Agama Bangsa dan Negara.

Tuesday, October 6, 2009

Bahaya Sedang Melanda

Mutakhir ini maruah kita sebagai umat islam semakin dicela dan di aibkan.Apatah lagi Ayat ayat Allah semakin dipermain mainkan.Dulu seorang kafir cina dan kali ini seorang kafir india dari kalangan pakatan pembangkang.Rakan mereka yang melayu islam hanya berdiam diri malah merela serta merestui tindakan sang kafir itu mempersendakan ayat Allah atas demi kepentingan politik.Saya merasa kecewa dan marah hal sebegini semakin berleluasa.Saya mewakili seluruh ahli cawangan UMNO Tok Malau mengutuk sekeras kerasnya dan PAS harus bertanggungjawab dalam membenarkan agama islam dipermain mainkan.

Inilah bahayanya jika Agama dipolitikkan.Pendekatan UMNO tetap dan tidak akan berubah yakni mengAgamakan politik.Islam harus dipandang mulia sejajar dengan Hadis nabi Muhammad serta nas alquran iaitu islam adalah agama yang lengkap serta mulia dimuka bumi ini.Kepada rakan rakan dalam PAS,Keadilan dan parti parti lain,insaflah dan kembalilah mempertahankan agama islam kita.Kalau ya pun untuk menang dan berkuasa pastikan hak hak agama islam tidak dipersendakan.Mana mungkin seorang kafir dapat mengislamkan orang islam.Nak politik,politiklah tapi jangan hina agama kami.kerana kami tak pernah hina agama lain.

Pengikut Pas jangan lah bodoh dan banggang melantun lantun kata orang negeri sembilan.Kaji dan selidiklah terlebih dahulu maklumat.Bagi penduduk Bagan Pinang pilihlah pemimpin yang sentiasa bersama dan mudah didekati.Jika dipilih juga orang luar dari kawasan anda pastinya nasib kamu tidak terbela juga.Jangan menang sorak kampung tergadai seperti kami dipulau pinang.

Takziah

Kejadian gempa bumi di Padang merupakan satu insiden yang amat memilukan.Tambahan pula ianya berlaku di dalam rumpun melayu islam di sana.Banyak kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda yang dialami oleh saudara kita disana.Saya mewakili pemuda umno cawangan mengucapkan takziah serta bersimpati atas bencana yang dihadapi.Kami turut bersimpati atas apa yang terjadi.Semoga kejadian alam itu menginsafkan kita seluruh umat islam.


Selawat Keatas Nabi

Selawat Keatas Nabi

Yb Masuk Kampung

Yb Masuk Kampung

bantuan basmi kemiskinan

bantuan basmi kemiskinan

Kursus sembelihan

Kursus sembelihan