Tuesday, October 13, 2009

Hakikat satu perjuangan.

Shabas dan tahniah kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kerana berjaya meperoleh kemenangan yang besar.Ini bermakna rakyat percayakan BN yang telah sekian lama berjasa dan tidak sanggup menerima pemimpin yang pastinya jika menang akan menghilang dan membina kekayaan.Bayangkan hampir 52 tahun perjuangan BN baru sekarang kita lihat pemimpin BN menikmati kekayaan sedangkan PR hanya dua tahun memerintah ada yang sudah bertaraf raja cara penghidupannya,Istananya belum lagi dikira istana hinggap yang mampu dimiliki.Tapi apa yang penyokong dapat hanyalah takbir dan paling parah terpaksa mengeluarkan derma jihat kononnya bagi membiayai parti.

Malu dengan kekalahan teruk itu,pelbagai pertikaian tentang kemenangan tan sri Isa termasuklah isu rasuah.Seolah-olah manusia tidak lagi berpeluang berubah.Tapi jika tan sri Isa "orang kita" semuanya halal dan ok sahaja.Itukah wajah islam yang dibawa PAS?benci,riak,takbur,fitnah dan tohmahan serta budaya samseng yang semakin menjadi jadi itukah bangsa dan budaya yang ingin dicipta PAS sekiranyanya menjadi kerajaan?.

Apabila menjelang satu-satu pilihanraya, cogan kata yang di wawarkan ialah ‘Membangun bersama Islam’ tapi apa yang dibangunkannya; masjid sebuah pun tidak mampu dibangunkan seperti di Terengganu semasa pemerintahan PAS begitu juga di Kelantan, ‘Negara berkebajikan’ tapi kebajikan bagaimana yang diberikan kepada rakyat di Kelantan malah Perak juga yang di perintah sepenuhnya oleh PAS sebelum ini dan kini PAS for all yang dicanang-canangkan secara realitinya tidak banyak berbeza dengan ideology Malaysian Malaysia DAP. Apakah DAP telah berjaya ‘mensosialiskan’ PAS? Walau apapun, benarlah kata-kata bahawa pada akhir zaman nanti akan wujud golongan ulama yang menjual agamanya demi kesenangan dunia.

Apapun Kemenangan telah pun terjadi dan bermulalah semula satu perjuangan baru untuk tan sri Isa meneruskan agenda perjuangan demi Agama Bangsa dan Negara.

No comments:

Post a Comment



Selawat Keatas Nabi

Selawat Keatas Nabi

Yb Masuk Kampung

Yb Masuk Kampung

bantuan basmi kemiskinan

bantuan basmi kemiskinan

Kursus sembelihan

Kursus sembelihan