Tuesday, December 15, 2009

Takut Atau Menakutkan

Dewasa ini pelbagai isu telah melanda negara bagai Tsunami yang meninggalkan ombak-ombak kecil yang sekali sekali amat menakutkan serta menghilangkan rasional jati diri bangsa.Malaysia merupakan satu satunya tanah melayu islam yang maju dan aman berbanding tanah melayu dan kepulauan melayu yang rata telah runtuh keislamannya.Lihat saja indonesia sedikit di Thailand sedikit di Filipina,Mankasar,Sulawesi,Riau dan lain lain lagi.Keterujaan agama telah sedikit sebanyak merangkul serta mengheret saki baki peradaban manusia melayu.
Ada pendapat islam akan bangkit selepas kejatuhan.Maka seolah disegerakan akan kejatuhan itu walau hakikatnya satu kuasa lain yang mengintai disebalik kerapuhan tersebut.Komunisme dan idealogi barat semakin menular malah meresap dijiwa penganut islam itu sendiri.
Kenapa harus diperdagangkan keamanan dan kebebasan sedangkan dalam islam sendiri tidaklah kita terlalu bebas.Jika membawa kemudaratan maka wajar dihindarkan serta diperangi.Begitulah kaedah mengagamakan sebuah pemerintahan dan tepatlah kaedah kerajaan mengenakan ISA bagi membendung niat jahat tersebut.
Melayu kini semakin malas bekerja.Bergotong royong dan bersatu padu.Setiap kali dipinta berbuat demikian maka ia akan dipolitikkan baik dari segi perniagaan,pendidikan dan apa jua bentuk semuanya ingin menikmati dengan cara goyang kaki.
lihat saja mangsa MLM siapa mangsanya,Dadah dan Sosial siapa bangsanya.Tetapi setiap kali diajukan maka semuanya menunding jari kepada kerajaan semata.Bukankan perlakuan itu bergantung kepada individu itu sendiri.?
Sakit mata jiwa bilamana setelah sekian lama imuniti dan intitusi melayu dipertikaikan setelah sekian lama menunjangi generasi bangsa melayu.Malang sekali melayu melayu bosan ini yang meruntuhkannya satu persatu.Dulu UiTM,Mara,Intitusi Raja Melayu dan kini BTN pula diserang oleh orang orang yang pernah mengaut hasilnya dan menebang pokok tersebut agar orang lain tidak dapat merasai seperti yang mereka pernah rasa.Itu lah sikap sebenar melayu melayu koperat itu.
jika bosan dengan kehidupan di Malaysia..pergilah merantau..biarkan melayu lain membina negara mereka yang dicintai.Jangan pula marahkan nyamuk yang kecil itu rumah dibakar.

No comments:

Post a Comment



Selawat Keatas Nabi

Selawat Keatas Nabi

Yb Masuk Kampung

Yb Masuk Kampung

bantuan basmi kemiskinan

bantuan basmi kemiskinan

Kursus sembelihan

Kursus sembelihan