Thursday, December 24, 2009

Kebebasan Hakiki

Pernahkah terfikir keterbukaan mengundang kecelakaan.Perjuangan apakah yang sebenarnya dijuangkan oleh pembangkang tak lain hanya untuk menumbangkan kerajaan BN atau jelas UMNO itu sendiri.Masyarakat semakin jelak dengan sikap kepimpinan atau kroni atau sikaki ampu dalam politik mengaut kekayaan negara lalu menujukkan nunjuk akan kekayaan yang dimiliki.Dimulut mereka berjuang atas dasar parti tapi dimata terlihat silauan harta yang terhidang.
Pemimpin bagus tapi dirosakkan oleh bodyguard yang tak dilantik itu merosakkan imej kepimpinan itu sendiri.Mangsanya si lurus yang ikhlas buat kerja untuk pemimpin.Kita lihat saja orang yang ikhlas ini selalunya disisihkan dan papa kedana bila pemimpin itu telah kehilangan jawatan atau berhenti dari arena politik.
Situasi ini mengundang rasa benci dan tak puas hati lalu menyertai pembangkang menikam dari belakang.Malah ada yang terus keluar dan berusaha menjatuhkan pemimpin itu atas dasar dendam beralaskan keadilan.
Kerajaan pula seolah merelakan situasi ini.Kononnya Hak asasi.Lalu menunduk kepala mengubal semula akta yang baik kekadang menjadi lebih kalam kabut.lihat saja pelbagai isu yang ditimbulkan.Isu Royalti,ketuanan Melayu,Mara,BTN dan pelbagai..kenapa harus dirombak sedangkan hanya memerlukan penambahbaikkan sahaja.Akhirnya kerajaan menjadi pak turut kepada rakyat.
Sejarah membuktikan tiada satupun kerajaan Rakyat yang bertahan dan kuat.Hanya Rakyat berkerajaan yang mampu bertahan seperti Malaysia pada hari ini.
Rakyat juga harus berfikir bahawa terlalu banyak desakkan dan tuntutan akhirnya akan membuatkan kita hidup semakin tertekan.Tuntutan demi tuntutan mendesak kerajaan itu dan ini.Akhirnya kerajaan terpaksa membuat akta dan kita terikat dengan akta yang kita sendiri perjuangkan...
Moralnya janganlah terlalu berkira dalam menjalani kehidupan sebagai rakyat.Apa yang penting kita dapat menjadi insan yang sempurna dan mudah serba serbi cukuplah..Jangan letakkan batu di jalan yang kita sendiri sering lalui...

No comments:

Post a Comment



Selawat Keatas Nabi

Selawat Keatas Nabi

Yb Masuk Kampung

Yb Masuk Kampung

bantuan basmi kemiskinan

bantuan basmi kemiskinan

Kursus sembelihan

Kursus sembelihan