Tuesday, September 29, 2009

Kerajaan Rakyat atau Rakyat Kerajaan

Suasana meriah dihari raya masih dirasai.tak hairanlah konsep rumah terbuka masih lagi berlangsung sehinggakan kita menjadi letih kerana makan.Begitulah makmurnya bumi Malaysia.Aman damai serta bebas walaupun negara sedang di landa wabak H1N1 yang dikatakan adalah virus ciptaan teknokrat barat bagi tujuan perniagaan vaksin.Ekonomi Malaysia adalah sangat stabil dan antara yang terbaik di rantau ini berikutan rakyat masih mampu membeli kereta baru,rumah baru dan beraya sakan malah ada juga yang mampu berbini baru walaupun ada yang mengatakan malaysia sedang dilanda gawat ekonomi.sebenarnya itu hanya mainan manusia yang anti kerajaan sedaya mungkin cuba mempengaruhi rakyat untuk menafikan kecekapan dan kewibawaan kerajaan malaysia dalam mentadbir negara.
Segala kesenangan ini membuatkan kita semakin tamak dan tidak bershukur dan mungkin juga keterbiasaan yang membosankan maka mulalah kita cuba mencetuskan satu suasana yang lain yang lebih xtream kononnya dengan mempolitikkan segala sagala.Muncul satu puak yang mengelarkan diri mereka pejuang sebenar yang melebelkan diri mereka sebagai Kerajaan Rakyat.Sinopsis mudah ialah dengan mengubah persepsi bahawa rakyat yang memerintah negara dan kerajaan hanya dilihat sebagai mangsa atau bahasa lebih mudah rakyat yang memerintah kerajaan bukan kerajaan yang memerintah rakyat.Sebab itulah segala dasar yang dibuat kerajaan hampir semuanya gagal.buatlah kempen apa pun hanya segelintir sahaja yang mahu menurutnya.
Kaedah ini tidak betul sebenarnya dan kita harus cepat mengubah senario ini.Kaedah pemimpin sebagai hamba rakyat adalah tidak betul.Ucapan yang seringkali didengari pada waktu kempen pilihanraya.Dek keran itulah banyak pemimpin sekarang ini pemimpin yang dipimpin.Pemimpin adalah seorang yang dipatuhi dan diikuti dan dengan pengaruhnya itulah dapat membawa pengikut mengikut segala dasar yang dibuat.Bila Pemimpin adalah hamba rakyat maka menjadi pak turutlah pemimpin itu serta terus menjadi pengecut dan dayus sehinggakan tak mampu untuk berbuat apa apa apabila difitnah ditohmah atau haknya dicabuli oleh pembangkang..senario itulah yang sedang melanda kepimpinan Dunia.Jika ini diubah maka akan lahirlah generasi yang patuh serta mampu menzahirkan segala agenda,dasar serta kempen kerajaan.
MORALNYA....Pemimpin harus berpengaruh dan bukan dipengaruhi barulah rakyat tidak akan cuba jadi Kerajaan seperti sekarang.

Monday, September 28, 2009

BN mesti menang

Hampir seluruh pelusok negara saya jelajahi dan sertai pelbagai aktiviti umno.Dari situ saya berpendapat hampir tiada langsung aktiviti yang menjurus kearah Barisan Nasional yang ada cuma program Umno.Tak hairanlah kalau hubungan antara parti komponen dilihat semakin berkurang malah seolah tiada langsung.Saya mencadangkan agar Umno Melakukan sesuatu sesuai dengan Konsep 1 Malaysia iaitu perbanyakkan aktiviti yang dikelolakan sendiri oleh semua parti komponen.seperti liga sukan,aktiviti kemasyarakatan dan lain lain lagi atas satu payung iaitu Barisan Nasional.Kita kena rapatkan perhubungan antara kaum melalui sukan dan mendedahkan lebih banyak info info tentang konsep permaukatan dalam parti gabungan.Apa yang penting mereka akan pilih BN sebagai pilihan sewaktu pilihanraya.Senario sekarang seolah - olah Umno berjuang sendirian.MCA,MIC GERAKAN.dimana mereka...?
ia samalah keadaannya sewaktu Malayan Union.Perjuangan Sendirian Hasilnya dinikmati bersama.Tidakkah Bangsa melayu itu adil dan pemurah.?
Umno perlu tegas dalam hal ini sebagai Leader dalam BN.Tiada tempat untuk parti yang bermain wayang yang akhirnya menyebabkan kita hilang segala-galanya.Kepada rakan-rakan komponen percayalah bahawa Umno hanya mempertahankan hak bangsa melayu seperti dalam perjanjian perlembagaan.dan tidak sekali kali menafikan hak bangsa lain.marilah kita hidup bersatu padu.
Bercakap tentang Pilihanraya kecil Bagan Pinang pastikan kita menang walau apa cara sekalipun pedulilah apa orang nak kata.Janji menang.Kalau nak dibandingkan dengan pemimpim pembangkang mereka lagi teruk moralnya dan rendah pelajarannya..pun boleh jadi Yb.takkan kita nak bagi kat penjual ikan lagi untuk memimpin negara..
Parti komponen buktikan kesungguhan anda dalam BN terutama MIC..pastikan takda lagi yang memakai baju Pas.

Thursday, September 24, 2009

Sekilas Pandang,Sedetik Fikir

Terlalu sedikit Ahli UMNO yang mempertahankan Partinya,Terlalu ramai Ahli Umno yang mengotorkannya.Pemimpin UMNO harus belajar menyalahkan dirinya.Akar umbi tidak bersalah mereka sentiasa memberikan sokongan.Bagaimana pula dengan sesetengah pemimpin UMNO sanggup keluar parti kerana tidak mendapat jawatan.Sedarlah apa Perjuangan kita Berjuang untuk HARTA atau Berjuang untuk Bangsa,Agama dan Negara.Berubahlah..

Undi UMNO untuk Pertahankan Islam

Tergiang-ngiang ditelinga sampai sakit kepala dok dengaq pasai hukum hakam.Ustaz aku cakap kalau kita bepegang kepada tali allah,maka kita berada dalam landasan islam.Depa kata kita(UMNO)tolak islam..betui ka..


Aku secara peribadi menolak Ulama politik atau direct cakap Nik Aziz.Aku tamau mintak maaf pasai tak panggil dia Tok Guru..bukannya guru aku..atau datuk kepada guru aku..pergi jahanam lah....

Setidaknya benak otakku masih boleh pikir lagi.Apa yang kerajaan BN yang di kepalai oleh UMNO tak pernah menghalang rakyat dari mengerjakan aktiviti agama malah dibina masjid,surau dan kemudahan-kemudahan untuk rakyatnya lebih selesa mengerjakan tuntutan islam.

Dek kera terlalu selesa tu la sampai kita sendiri keliru tahap islam kita.Aku Champion dalam agama aku.Aku lebih Islam dari orang lain..kata org tua tu..pakcik hadi yang dulunya keluarkan fatwa..terkedu kedu pasai parti dia buat macam dalam fatwa dia..kalau aku pun pening nak cover..

Pun begitu aku rasa tindakan pakcik hadi untuk menebus dosanya patut dipuji.Tapi Tok nik pulak tak bagi..kacau mariii..

sapa nik Aziz ni..?

antara Nik Aziz,Ayah Pin dan Rasul Melayu(kahar ahmad)sama ja..merasakan diri mereka lebih islam dari orang lain..tapi ayah pin lagi dashat dan tinggi ilmunya sampaikan tok guru agama lain sanggup minum ayaq kaki tuu..yang si rasul tu pun haru jugak..mmg betui takdak dalam quran kata rusul terakhir yang ada cuma Nabi terakhir Muhammad s.a.w...tapi bang kahar oii..nak jadi rasul kena la jadi nabi dulu...mana ada rasul yang bukan nabi..tupun berkepoi kepoi umat melayu turut...ni pun satu haruuu

Secara personal jugak UMNO aku rasa The Real Islamic Party..

Ni lah masaalahnya kalau mengaji bab islam kat ceramah dan tazkirah saja..cubala cari ustaz yang sahih sikit ilmunya.

Bab Kebangsaan bukan masaalah besar sebenarnya,pasai di malaysia mejoriti dan ketuanan adalah melayu..pangkah pas comfirm ka masuk surga..habis camna kalau kita dok kat negara selain malaysia..depa semua nak masuk mana mana pulak..ahli neraka ka depa tu semua..surga allah bukan untuk orang Malaysia saja atau tepatnya yang pangkah Pas saja..adoiii..aku pening laaa...

kat Penang ni muncul khalifah umar..wahh hebat mat spek tu..tak perlu jadi islam pun boleh kompom masuk surga jugak dia tu gamaknya..ada sapa ustaz,alim ulama atau ambia Pas yang menolak seorang pemimpin khafir dianggap sebagai pemimpin yang membela islam..nak percaya hadis nabi ka nak percaya kata dia...ishh aku payah la macam ni....

siapa aku sebenarnya kalau jadi ahli UMNO..?
yang aku tau aku ahli Pas ka Umno ka Dap ka parti tapaware ka..kalau aku tak amalkan ajaran islam...neraka lah..menunggu aku...takutnya aku...

astafirullahal azim,allahommasolli ala muhammad waala ali muhammad,ashaduallaila ha illallah muhammad rasulullah..

ISA Relevan untuk Malaysia

Kenapa harus dipertahankan.Wajarkah?.jika ditanya kepada saya jawapan pastinya ya.ISA adalah satu kaedah kepada pemerintah untuk menjaga dan memelihara negara Pemerintah atau Kuasa pemerintah dari ancaman anasir luar yang cuba menghancurkan kekuasaan sesuatu Kerajaan.Kita lihat pada negara yang tidak mempunyai ISA disekitar Asia.Berlaku kekacauan,keganasan,pembunuhan serta pencabulan hak bagai tiada penghujungnya.Kita patut bershukur kerana Negara kita mengamalkan ISA dan satu satunya negara yang paling Aman,makmur serta bebas bergerak walau dimana jua dari Perlis hinggalah ke Sabah.

Kita kena faham kenapa Pembangkang cuba menghapuskan ISA tak lain hanyalah untuk kepentingan politik semata-mata.Bukan atas dasar pembangunan atau pun dasar islam sekalipun.Mereka ingin bebas mencetus kekacauan serta kebimbangan rakyat kepada negara.Wajarnya ISA di pertahankan memandangkan dunia sekarang semakin ganas hanya dengan menggunakan ISA dapat mengawal keadaan tersebut.Jika Pembangkang yang memerintah Malaysia Sekalipun ISA wajar digunakan.Tentang kaedah dan cara perlaksanaan terpulanglah kepada Pemerintah itu sendiri.

Dari sudut kebebasan dalam islam sendiripun kita tidak terlalu bebas ada benda yang boleh dan tidak dalam islam.Begitulah jua dalam pentadbiran sesebuah negara.kerajaan harus tidak tunduk kepada pembangkang.Kerajaan harus tegas dalam melaksanakan dasar.Rakyat juga harus faham dan menerima hakikat.Jangan mengikat kerajaan hanya atas suara kebebasan.Situasi menang menang harus wujud.Tiada keadilan hanya kerajaan sahaja yang mengikut kehendak rakyat sedangkan rakyat tak pernah ikut kehendak kerajaan.

Apa yang pasti menghapuskan ISA samalah seperti membuka pintu kepada Kehancuran Negara Malaysia yang dicintai ini.

Tuesday, September 15, 2009

jemputan

Tuan dijemput hadir kemajlis Berbuka puasa anjuran Pemuda Kariah Lahar Yooi pada 16.9.09 di masjid at-taqwa Lahar Yooi..semoga kehadiran tuan dapat mengimarahkan lagi perpaduan dikalangan kita umat islam inshaallah..

Jemputan

Kepada semua Pemuda adalah dijemput ke Majlis Berbuka Puasa Perdana anjuran Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tasek gelugor dgn Kerjasama Pemuda Kariah Alor Merah..pada:
17hb.September 2009 jam 6.00pm di Masjid Jamek Alor Merah..Tuan Dengan hormatnya dijemput hadir Dijemput Hadir..Thanks

SAlam AiDilfiTri

SElamat MeNyambuT hARI rAya AidiLFitrI ,MaAf ZaHir BaTin KepaDa SeluRuh UmaT IslaM WaLau DiMaNa Jua BeraDa..

Monday, September 14, 2009

Salam perjuangan

salam perjuangan kepada semua warga UMNO Cawangan Tok Malau.Tasek Gelugor.Seberang Perai Utara.Pulau pinang..
satu wadah,satu komuniti,satu perjuangan.


Selawat Keatas Nabi

Selawat Keatas Nabi

Yb Masuk Kampung

Yb Masuk Kampung

bantuan basmi kemiskinan

bantuan basmi kemiskinan

Kursus sembelihan

Kursus sembelihan