Thursday, September 24, 2009

ISA Relevan untuk Malaysia

Kenapa harus dipertahankan.Wajarkah?.jika ditanya kepada saya jawapan pastinya ya.ISA adalah satu kaedah kepada pemerintah untuk menjaga dan memelihara negara Pemerintah atau Kuasa pemerintah dari ancaman anasir luar yang cuba menghancurkan kekuasaan sesuatu Kerajaan.Kita lihat pada negara yang tidak mempunyai ISA disekitar Asia.Berlaku kekacauan,keganasan,pembunuhan serta pencabulan hak bagai tiada penghujungnya.Kita patut bershukur kerana Negara kita mengamalkan ISA dan satu satunya negara yang paling Aman,makmur serta bebas bergerak walau dimana jua dari Perlis hinggalah ke Sabah.

Kita kena faham kenapa Pembangkang cuba menghapuskan ISA tak lain hanyalah untuk kepentingan politik semata-mata.Bukan atas dasar pembangunan atau pun dasar islam sekalipun.Mereka ingin bebas mencetus kekacauan serta kebimbangan rakyat kepada negara.Wajarnya ISA di pertahankan memandangkan dunia sekarang semakin ganas hanya dengan menggunakan ISA dapat mengawal keadaan tersebut.Jika Pembangkang yang memerintah Malaysia Sekalipun ISA wajar digunakan.Tentang kaedah dan cara perlaksanaan terpulanglah kepada Pemerintah itu sendiri.

Dari sudut kebebasan dalam islam sendiripun kita tidak terlalu bebas ada benda yang boleh dan tidak dalam islam.Begitulah jua dalam pentadbiran sesebuah negara.kerajaan harus tidak tunduk kepada pembangkang.Kerajaan harus tegas dalam melaksanakan dasar.Rakyat juga harus faham dan menerima hakikat.Jangan mengikat kerajaan hanya atas suara kebebasan.Situasi menang menang harus wujud.Tiada keadilan hanya kerajaan sahaja yang mengikut kehendak rakyat sedangkan rakyat tak pernah ikut kehendak kerajaan.

Apa yang pasti menghapuskan ISA samalah seperti membuka pintu kepada Kehancuran Negara Malaysia yang dicintai ini.

No comments:

Post a Comment



Selawat Keatas Nabi

Selawat Keatas Nabi

Yb Masuk Kampung

Yb Masuk Kampung

bantuan basmi kemiskinan

bantuan basmi kemiskinan

Kursus sembelihan

Kursus sembelihan