Tuesday, September 29, 2009

Kerajaan Rakyat atau Rakyat Kerajaan

Suasana meriah dihari raya masih dirasai.tak hairanlah konsep rumah terbuka masih lagi berlangsung sehinggakan kita menjadi letih kerana makan.Begitulah makmurnya bumi Malaysia.Aman damai serta bebas walaupun negara sedang di landa wabak H1N1 yang dikatakan adalah virus ciptaan teknokrat barat bagi tujuan perniagaan vaksin.Ekonomi Malaysia adalah sangat stabil dan antara yang terbaik di rantau ini berikutan rakyat masih mampu membeli kereta baru,rumah baru dan beraya sakan malah ada juga yang mampu berbini baru walaupun ada yang mengatakan malaysia sedang dilanda gawat ekonomi.sebenarnya itu hanya mainan manusia yang anti kerajaan sedaya mungkin cuba mempengaruhi rakyat untuk menafikan kecekapan dan kewibawaan kerajaan malaysia dalam mentadbir negara.
Segala kesenangan ini membuatkan kita semakin tamak dan tidak bershukur dan mungkin juga keterbiasaan yang membosankan maka mulalah kita cuba mencetuskan satu suasana yang lain yang lebih xtream kononnya dengan mempolitikkan segala sagala.Muncul satu puak yang mengelarkan diri mereka pejuang sebenar yang melebelkan diri mereka sebagai Kerajaan Rakyat.Sinopsis mudah ialah dengan mengubah persepsi bahawa rakyat yang memerintah negara dan kerajaan hanya dilihat sebagai mangsa atau bahasa lebih mudah rakyat yang memerintah kerajaan bukan kerajaan yang memerintah rakyat.Sebab itulah segala dasar yang dibuat kerajaan hampir semuanya gagal.buatlah kempen apa pun hanya segelintir sahaja yang mahu menurutnya.
Kaedah ini tidak betul sebenarnya dan kita harus cepat mengubah senario ini.Kaedah pemimpin sebagai hamba rakyat adalah tidak betul.Ucapan yang seringkali didengari pada waktu kempen pilihanraya.Dek keran itulah banyak pemimpin sekarang ini pemimpin yang dipimpin.Pemimpin adalah seorang yang dipatuhi dan diikuti dan dengan pengaruhnya itulah dapat membawa pengikut mengikut segala dasar yang dibuat.Bila Pemimpin adalah hamba rakyat maka menjadi pak turutlah pemimpin itu serta terus menjadi pengecut dan dayus sehinggakan tak mampu untuk berbuat apa apa apabila difitnah ditohmah atau haknya dicabuli oleh pembangkang..senario itulah yang sedang melanda kepimpinan Dunia.Jika ini diubah maka akan lahirlah generasi yang patuh serta mampu menzahirkan segala agenda,dasar serta kempen kerajaan.
MORALNYA....Pemimpin harus berpengaruh dan bukan dipengaruhi barulah rakyat tidak akan cuba jadi Kerajaan seperti sekarang.

No comments:

Post a Comment



Selawat Keatas Nabi

Selawat Keatas Nabi

Yb Masuk Kampung

Yb Masuk Kampung

bantuan basmi kemiskinan

bantuan basmi kemiskinan

Kursus sembelihan

Kursus sembelihan